Pages

Friday, February 17, 2012

Karnival Belia Negeri Sembilan 2012



Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Belia Negeri Sembilan akan bekerjasama bagi menganjurkan Karnival Belia Negeri Sembilan pada 17-19 Februari ini. 
Karvinal yang bertemakan ‘Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru’ ini mensasarkan seramai 100,000 pengunjung dan menjanjikan 1000 hadiah berupa cabutan bertuah kepada pengunjung. Karnival ini dijalankan di Padang MPS, Seremban.



Terdapat 63 acara yang akan diketengahkan antaranya pameran hartanah,inovasi dan kreativiti, pertandingan sukan, ikon belia, treasure hunt, kebudayaan, persembahan artis dan lain-lain.
‘BN Youth Job Fair 2012’ turut diadakan bagi memberi peluang pekerjaan kepada para belia. Terdapat 50 orang majikan yang menawarkan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan terutamanya kepada belia di Negeri Sembilan.

Suasana tapak karnival petang Jumaat 17 Feb 2012
Pelbagai aktiviti yang disediakan. Antaranya pameran dari pelbagai agendi kerajaan, swasta, IPTA,IPTS,Institusi Kemahiran dan NGO's. Selain daripada itu, acara yang diadakan ialah Autoshow,pertandingan futsal dan pelbagai gerai usahawan.
Bagi sesiapa yang berkelapangan, bolehlah hadir dan memeriahkan karnival yang dijalankan. 
Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini, sila layari www.mbnns.org.my

No comments:

Post a Comment