Pages

Wednesday, February 22, 2012

Letak Anak Patung Di Bumper Kereta







Maklumat yang aku nak kongsikan ini diperolehi dari rakan-rakan Facebook.


Korang semua perasan tak, tentu pernah nampak ataupon kereta korang sendiri letak anak patung bawah keretakan. Apa tujuan sebenar diaorang buat begitu dan dari siapa kita tiru?

Aku sendiri mula-mula dulu ingatkan orang yang letakkan anak patung bawah kereta ni bertujuan untuk nak bumikan elektrik semasa kilat. Tapi ternyata jawapan yang aku fikir selama ini salah. Kalau korang berkunjung ke Thailand tentu korang lebih mudah jumpa anak patung ni digantung bawah kereta mereka. Ini adalah kerana ianya budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.


Tapi kita kat Malaysia ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. 

Fuh, nasib baik aku tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. 



Sumber: Facebook.

No comments:

Post a Comment