Pages

Thursday, February 9, 2012

Peraduan Foto "I AM theme"


Nikon melancarkan peraduan bagi tahun 2012 ini. Ini adalah untuk ahli kelab Nikon sahaja. Maknanya kahs untuk sesiapa yang menggunakan kamera Nikon.

Ahli Kelab Nikon boleh menghantar seberapa banyak gambar untuk peraduan ini bagi membolehkan anda menggambarkan tema "Saya Ialah" seperti yang telah dipamerkan di laman sesawang. Bagi setiap satu dari 5 tema tersebut, akan terdapat 10 gambar dipilih setiap bulan sebagai pemenang. Terdapat lebih daripada 50 hadiah untuk dimenangi setiap bulan. Tema "Saya Ialah" yang baru akan diumumkan setiap 4 bulan. Hanya akan ada 1 pemenang utama untuk setiap tema tersebut. 

Keputusan pemenang akan di umumkan di laman sesawang Nikon Club Malaysia. Peraduan ini adalah terbuka kepada ahli kelab dan gambar yang dihantar mestilah diambil dengan menggunakan kamera Nikon dan pihak penganjur adalah berhak untuk meminta peserta mengemukakan maklumat "Exif" bagi setiap gambar yang disenarai pendek dalam peraduan ini.

Hadiah untuk dimenangi merupakan barangan eksklusif Nikon termasuk T-Shirt I AM NIKON menanti anda para pemenang. 





Berikut adalah 5 tema untuk suku pertama tahun ini:

Saya Ialah Rupa Bentuk

Saya Ialah Perubahan

Saya Ialah Seni

Saya Ialah Kecantikan

Saya Ialah Cahaya

Hantarkan gambar anda kepada mana - mana kategori "Saya Ialah" untuk menyertai.







[ Sumber : Dipetik dari NikonClub

No comments:

Post a Comment