Pages

Wednesday, February 1, 2012

Le Tour De Langkawi 2012

Pada tahun ini Malaysia diberikan peluang untuk menjadi tuan rumah Le Tour De Langkawi buat kali ke- 17. Mengikut jadul perancangan, tarikh berlangsungnya perlumbaan berkenaan adalah bermula pada 24 Feb 2012 hingga 4 Mac 2012.

Harapan rakyat Malaysia sudah tentu kepada pelumba negara iaitu Anuar Manan. Gambar berikut menunjukkan peta laluan LTDL 2012.






Nampak gayanya, Negeri Sembilan pada tahun ni tidak menjadi pilihan untuk jadi 'tuan rumah' pelepasan atau pon penamat. Aku masih ingat LTDL 2004 yang lalu, Tampin merupakan penamat bagi hari ke 5. Sungguh meriah suasana pada masa itu. Mungkin lain kali Negeri Sembilan dijadikan tuan rumah penamat. Tentu menarik.Walau apa pon moga perjalanan LTDL 2012 berlangsung dengan jayanya dan tiada insiden yang boleh mencemarkan imej Malaysia.

Sumber: www.ltdl.com.my

No comments:

Post a Comment