Pages

Monday, January 30, 2012

Pemenang Peraduan Cabaran Barliku Berita Harian 2012



Entry ini adalah sambungan dari entry sebelum ini. Klik di sini untuk lihat entry tersebut.


Nampaknya Kereta Proton Saga FLX diberikan secara percuma kepada remaja yang berusia 17 tahun. Remaja yang bertuah itu ialah Ahmad Ridzwan Bakhtiar Effend yang merupakan pembaca setia Berita Harian,apabila dipilih sebagai pemenang utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian yang melayakkannya membawa pulang hadiah kereta Proton SAGA FLX 1.3 (M) Standard bernilai RM37,000.

Yanie Pizza Kuala Pilah



Korang tentu dah biasa makan Pizza Hut, Pizza Domino dan lain-lain lagila.  Pernah rasa Pizza Melayu? Ya, sebuah kedai yang menjual pizza telah pon dibuka di Kuala Pilah. Kedai tersebut terletak di barisan KFC, Court Mommoth atau lebih tepat lagi kedai lama LENO Kuala Pilah. Kedai ni pada mulanya beroperasi di simpang traffik light dekat dengan Sekolah Memandu Wong. 


Aku dah rasa 2 kali.Pizza yang dihasilkan setakat ini Pizza perisa Ayam dan Daging. Pengurusan kedai perlu menambah baik mutu persembahan pizza yang dihasilkan untuk bersaing dengan Pizza Hut, Pizza Domino. Walau apapon pujian juga harus diberikan kerana bukan mudah orang melayu untuk menyaingi pesaing yang sudah lama bertapak. Bagi aku, aku berbangga kerana sekurangnya. Kuala Pilah ada identiti tersendiri lepas ni selain dari cendol dan rojak Ibrahim. Moga Yanie Pizza terus maju.


Sumber: Anak2 N9

Friday, January 27, 2012

Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1 Malaysia)




Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalam Pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim telah diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.

Thursday, January 26, 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia telah dibuka di Kuala Pilah

Pintu masuk KR1M Kuala Pilah

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) telah pon dibuka di Kuala Pilah. Lokasi kedai ni terletak di jalan ke industri Diuh dan bersebelahan dengan KIlang Roti Azan.Nampaknya penduduk Kuala Pilah mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian.

Friday, January 20, 2012

Bank Perketat Lulus Pinjaman Pembelian Kenderaan Mulai 2012



PERSATUAN Pengedar Proton Edar (Peda) menjangkakan 2012 akan menjadi tahun yang sukar membabitkan jualan keseluruhan Proton berikutan institusi perbankan memperketatkan kadar kelulusan bagi pembeli kenderaan itu.

Presidennya, Armin Baniaz Pahami berkata, jaringan wakil Peda kini berdepan kadar penolakan serius dengan kebanyakan bank enggan menerima permohonan belian daripada pelanggan yang tidak mempunyai gaji purata bulanan RM1,800 ke atas.

"Lebih 70% daripada permohonan belian ditolak. Malah, graduan yang baru tamat pengajian dan mempunyai pendapatan purata RM2,000sebulan turut dikehendaki mengemukakan penjamin untuk membuat pembelian.

"Situasi ini tentunya akan memberi impak besar terhadap jualan kenderaan Proton bagi tahun ini," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas pengambilalihan 42.74% kepentingan dalam Proton Holding Bhd oleh DRB-Hicom Bhd, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan polisi dalaman kerana ia akan menjejaskan wakil penjual secara langsung.

"Kami mengerti dengan keperluan Proton untuk mendapatkan suntikan modal baru bagi membolehkannya lebih kompetitif," tambahnya lagi.

Wednesday, January 18, 2012

Ciri Blog Yang Tidak Akan Mendapat Kempen Dari Nuffnang


Semua orang impikan kempen Bufferered Earning dari nuffnang setiap kali baru mendaftar menjadi rakan komuniti nuffnang. Bukan sahaja blogger baru malahan blogger lama pon berperasaan sama juga.
Jadi disini aku nak kongsikan kepada korang semua apa ciri-ciri blog yang memang kempen tidak akan singgah diblog korang.

Friday, January 13, 2012

Model Kereta Proton 2012 setaraf import?



Entry aku ini adalah sambungan dari entry sebelum INI  Jadi kat sini aku kongsikan cerita yang aku perolehi dari isupanas. Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar kereta ini akan menjadi kebanggaan negara.

Wednesday, January 11, 2012

Berhati-hati ketika singgah RNR Seremban



Aku baru je menjengah blog along xp. Entry yang menarik dan patut dikongsikan kepada semua pengguna lebih raya agar lebih berhati-hati ketika berada di sana. Jadi kat sini aku pastekan semula cerita asal yang dipaparkan dalam blog along xp


Sunday, January 8, 2012

Negeri Sembilan Juara Perlawanan Sumbangsih 2012


Pembuka tirai 2012, pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya menundukkan Kelantan 2-1 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu yang lalu dan mencipta sejarah tersendiri bergelar Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) buat kali pertama.

Saturday, January 7, 2012

Barcelona FC menipu?


Anda penyokong Barcelona FC? Apa yang ditunjukkan dalam video di bawah amat menyedihkan jika benar-benar berlaku.Ini adalah video mengenai latihan penipuan yang dilakukan oleh Barcelona FC. Video ini dirakam secara tersembunyi.Lepas ni fikir banyak kali mahu menyokong pasukan Barcelona FC. Bagaimana dengan pasukan lain?



Sumber: Oh Media

Friday, January 6, 2012

Program Jalinan Mesra Rakyat 1 Malaysia



Program jalinan mesra rakyat 1 Malaysia diadakan pada 6-8 Januari 2012 bertempat di padang awam kawasan perumahan di Taman Desa Rhu, Sikamat.


Thursday, January 5, 2012

Google+ Bakal Menggantikan Facebook



Google ada mereka sebuah Social Network Yang bernama Google+… korang mesti tau Social Network tu ape kan?..mcm myspace,friendster, <–wujud lagi kew?.. hehe.. mahupun facebook.. menurut kajian.. sekarang ini ramai yang sudah deactivated account mereka di facebook kerana ‘bosan’ dan facebook juga telah memberikan impak kepada sesetengah orang seperti bunuh diri dan sebagainya.. mahupun penipuan.. so, Hati2 dalam Social Network..

Liga Malaysia 2012

Saingan Liga Malaysia kini hampir kepada sepak mula..
Logo Liga Level 1 (Astro Super League) dan
Logo Liga Level 2 (Astro Primier League) sudah
pun diketahui, dengan berlogo Button "Play"
selain itu terdapat juga Liga Level 3 (Liga FAM) .

PIALA SUMBANGSIH 2012 KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN



Untuk perlawanan pembuka tirai 2012 bola sepak di Malaysia, perlawanan piala Sumbangsih antara Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan diadakan pada 7 Januari 2012 bermula jam 8.45 malam.

Wednesday, January 4, 2012

Naza Kia lancar Kia Optima K5

Naza Kia Optima K5

Mantap dan mengagumkan. Itulah ungkapan yang boleh diberikan pada model Kia Optima K5 ini.Bertambah lagi pesaing dalam segmen D di negara kita, apabila Naza Kia telah melancarkan secara rasminya model Kia Optima K5 serba baru. Harganya ditetapkan seunit RM143,888.00, tak jauh beza jika dibandingkan dengan model keluaran syarikat lain seperti Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana dan Hyundai Sonata.

Tuesday, January 3, 2012

Proton Saga Untuk Dijual

Proton Saga untuk dijual

Proton Saga untuk djual. Ada tak yang berminat nak beli agaknya kereta proton seperti gambar di atas?

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini sudah pon 2 Januari 2012. Kita sudah pon bertambah usia setahun lagi dan masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di dunia milik Allah Yang Maha Esa ini.