Pages

Monday, December 19, 2011

'Friendly' Negeri Sembilan vs Johor


Pada Sabtu lepas, aku telah berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Negeri Sembilan dan Johor di Stadium Mini, Tampin. Aku sampai kat sana perlawanan sudah pon bermula 15 minit.


Pada separuh masa pertama Negeri Sembilan menurunkan pemain-pemain simpanan. Menurut jurulatih Azrai Kor, ini bertujuan untuk mencari keserasian pemain dan juga menguji pemain import yang telah dipilih. Pada separuh masa pertama, Negeri Sembilan ketinggalan 1-0 pada pelawat. Pada separuh masa kedua Negeri Sembilan memasukkan S.Kunalan, Sharul Ain dan Farizal Marlias untuk menguatkan barisan hadapan dan gawang dari dibocori. Tetapi pada minit ke 62 gawang Negeri Sembilan bocor lagi kesilapan pertahanan iaitu Goncalves Fereira yang membiarkan penyerang Johor untuk melakukan rembatan.Akhirnya Negeri Sembilan berjaya memperolehi 1 gol pada minit ke 74. Pemain import dari Cameroon Effa Owana dilihat seakan tidak bersunguh-sungguh kerana banyak peluang yang diperolehi tapi disia-siakan depan pintu gol Johor. Keputusan akhir perlawanan Negeri Sembilan (1) VS Johor (2). Jom tengok beberapa gambar yang aku ambil.
















Kalau tak silap telinga pemain import Johor ni koyak berlaga








1 comment: