Pages

Tuesday, December 27, 2011

Samsung Series 9 Pencabar MacBook air

Samsung Series 9



Salam sejahtera pembaca budiman,
Hari ini ramai yang orang bercuti. Ada yang sambung cuti sampai awal tahun depan.Pada yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah. 


Hari ni aku nak review notebook kali ini berkenaan dengan satu model baru keluaran Samsung iaitu Samsung Series 9.
Sekali pandang, Samsung Series 9 sama seperti model MacBook Air sebab ianya nipis, ringan dan ramping. Teknologi laptop sekarang tidak lagi setebal dahulu. Dengan dunia Android, iPad dan Galaxy yang semakin membuak-buak di kalangan rakyat Malaysia, penggunaan laptop sebegini memang menjadi pilihan.

Tahukah anda, bahan yang digunakan untuk reka bentuk Samsung Series 9 ini adalahDuralumin yang sangat-sangat ringan. Oleh sebab itu berat model ini hanya 1.3 Kg sahaja. Duralumin biasa digunakan untuk pembuatan pesawat dan kapal terbang. Sebab utama adalah ringan dan kukuh.
Nipiskan Laptop Samsung Model Series 9 ni.

Samsung adalah syarikat pertama mengeluarkan laptop serupa dengan MacBook Air. Jadi, Samsung juga pencabar utama untuk laptop nipis sebegini. Kelebihan yang saya fikirkan menarik, ia mempunyai pengesan pada keyboard yang akan mengesan pergerakan jika perlu menaip pada keyboard.
Walaupun secara purata penggunaan bateri adalah 5 jam tetapi Samsung Series 9 mampu bertahan sehingga 7 jam. Maksudnya, model ini untuk penggunaan lasak dan lama (heavy duty).
Dari pandangan sisi

Spesifikasi Samsung Series 9
Processor : Intel Core i5 2537M
Skrin : 13″ SuperBright Plus display (720p)
Grafik : Graphics Intel HD Graphics 3000
Simpanan data : 128GB SSD
Memori : RAM 4GB (sehingga 8GB)
Sambungan : 802.11 b/g/n WiFi, RJ45 LAN
Lain-lain : Bluetooth 3.0, I/O Ports Micro HDMI, 2 USB ports, Headphone jack, Mic-in, MicroSD slot, 1.3 MP HD Webcam
Model Samsung Series 9 sudah berada di pasaran Malaysia. Harga permulaan adalah kurang lebih RM3800.
Apa pandangan anda yang membaca review ini?

Sumber: Anjung PC

No comments:

Post a Comment