Pages

Friday, December 2, 2011

Speedlight Nikon SB910 dibawa masuk ke Malaysia

Semalam, aku saja-saja masuk web Nikon Malaysia. Bila masuk je, aku tengok Nikon telah melancarkan produk baru iaitu Speedlight SB910. Masih panas lagi. Kalau mengikut catatan dalam web Nikon Malaysia, SB910 akan masuk ke Malaysia dalam bulan Disember ni. Wah, memang menarik ni. Nasib baik aku tak beli lagi speedlight. Harga belum pasti lagi berapa yang akan dijual. Tapi aku rasa tentu harganya lebih sedikit dari
harga SB900. Speedlight SB900 modul terdahulu, aku tak suka sangat sebab cepat panas, dan besar gedabak. SB910 ini dikatakan segala masalah yang berlaku cuba diatasi sebaik mungkin. SB910 ini juga nampaknya lebih slim, hampir sama macam model SB800, speedlight rare yang aku tercari-cari. Walau apapon tahniah kepada Nikon yang sentiasa mengetengahkan model yang terbaik untuk pengguna mereka.Jadi kepada pengguna Nikon, mereka mempunya pilihan tambahan iaitu, SB600, SB700, SB900 dan SB910. Yang penting duitnya ada..hehehe...

Speedlight SB910
Perbezaan SB900 dan SB910



Paparan belakang SB910


SB800


Paparan belakang SB800

No comments:

Post a Comment