Pages

Monday, December 26, 2011

Jangan pakai atau beli Samsung Galaxy Note


Sehingga hari ini,pengeluar Samsung telah mengeluarkan beberapa model Smartphone,Tablet yang menjadi sebutan dan kegilaan ramai di seluruh dunia. Antaranya adalah model Samsung Galaxy Ace, Galaxy S, Galaxy S11, Galaxy Tab, Galaxy Note dan yang terbaru adalah Galaxy W dan Galaxy Y.


Tapi kat sini aku nak bercerita tentang Samsung Galaxy Note, bahawa sesiapa yang mempunyai perasaan untuk membeli dan memiliki gajet berkenaan, baik korang semua berhati-hati dan fikir berkali-kali.Ini adalah kerana jika korang pakai Samsung Galaxy Note itu, kemungkinan besar kawan-kawan korang yang terpandang,terdengar korang memiliinya akan menyebabkan wujud perasaan tak puas hati, cemburu dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika korang tunjukkan Galaxy Note tu kat aku. Ini adalah kerana, bagi aku Samsung Galaxy Note adalah gajet yang terbaik dan patut dimiliki oleh setiap orang. Ada ke sesiapa yang nak hadiahkan kat aku eh?Hehehh.... 


Ciri-ciri menarik Samsung Galaxy Note 

  1. Samsung Galaxy Note terbaik,  menjadi kegilaan ramai kerana ia adalah gadget yang menggabungkan fungsi-fungsi tablet pc dan smartphone serentak.
  2. Skrin yang besar gedabak iaitu 5.3"  HD Super AMOLED memudahkan kita nak melayari internet, membaca e-book tanpa menjegilkan mata, layan video, main game dan banyak lagi.
  3. Fungsi nota yang telah di upgrade seolah-olah organizer yang mempunyai rekod masa nyata.  Sangat bangus untuk manusia yang sibuk terutama usahawan berjaya.
  4. Mempunyai pen yang boleh menulis, melukis gambar, dan lain-lain lagi.
  5. Boleh simpan link atau email semasa melayari internet.  Kebebasan seolah-olah menggunakan PC atau Laptop.


1 comment:

  1. cis... aku baru nak marah.. sbb aku dah beli, tiba2 keluar camni... tapi mmg betul... aku dh berjaya menghasut 2 org untuk beli jugak... hehehe

    ReplyDelete