Pages

Friday, December 30, 2011

mface Laman Web Sosial Malaysia pertama

Majlis pelancaran Mface di Hotel Doubletree By Hilton,Ampang 



MFACE LAMAN WEB SOSIAL MALAYSIA PERTAMA | Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface. Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.


Mface ini diilhamkan berpandukan laman sosial Facebook.
Majlis pelancaran Mface diadakan di Hotel Doubletree By Hilton, Ampang, Rabu lalu dan dimeriahkan dengan kehadiran Afdlin Shauki, Zizan Razak, Amyza Adnan, Ezlynn, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Kumpulan Forteen, Serina Redzuan, Sathiya dan ramai lagi.
Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya.
“Fungsinya sama seperti facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai.
“Cuma yang berbeza adalah kita wujudkan laman ini dengan cara yang lebih bijak dan bermanfaat, dengan menawarkan peluang menjana pendapatan kepada 60 artis tanah air yang sama-sama berusaha membangunkan menerusi laman itu.
“Jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter secara percuma, penyertaan dalam Mface ini memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.
“Setiap seorang artis meskipun mereka pasangan suami-isteri tetap akan diberikan 100,000 unit. Bagaimanapun, sebelum mendapat perolehan syer kita perlu mencapai satu juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham.
“Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka,” katanya.

muka hadapan mface



Aku dah try masuk dan daftar, tapi buat permulaan ni macam berat sedikit. Jadi marilah kita menyokong usaha anak Malaysia ini.

2 comments:

  1. Berminat dlm Mama Captain. Byk ahli MBI sdh mula daftar. Whatsapp: +6012-4147115

    ReplyDelete
  2. stkat ni ok tak join mface?

    ReplyDelete